Tuesday, June 5, 2012

KakAje Vs Skodeng n Blogging

For uolsnya information, sebenarnya blog nih n blog KakAje:Simple Life, tuan tanahnya sama. I kena create blog baru nih sebab I kena eksportkan semua entry kat blog KakAje tu gunakan address gmail yang baru. All these while, I guna emel ofis, and according to sifu blog, ditakuti, esok2 bila I no more working here, secara automatik, emel ofis ini akan dimatikan dan secara tidak langsung all the entries akan terpadam begitu saja. Jadi, untuk menyelamatkan keadaan, terpaksalah dicreatekan satu lagi blog. Isinya lebih kurang sama tapi fokus lebih kepada blog KakAje sebab I lebih suka tumpukan kepada satu blog jer. Camnerpun,  enjoy reading ok and dont get confuse...

Kita relaks kejap...

Now you know why Spider-Man, Hulk and the other superheroes dont answer to your question on FaceBook ....ermmm (credit to Yahoo.Malaysia)

Thursday, May 31, 2012

Blogging n Skodeng

Sambil dok tunggu "story" masuk, sempat jugak I berskodeng2 kat blog kenkawan I yang lain, blog hiburan (local and international) and politics. Saja suka2 tengok "style and lenggok bahasa" yang dorang guna. Macam2 pesen. Ada yang guna bahasa yang so "the canggih one" dan ada yang "sempoi dan bersahaja tapi catchy". Ada yang Englishnya "so the very bombastic mr fantastic" (kagum gitu kalau baca) dan ada yang "manglish jer", asalkan orang faham. Macam kawan I cakaplah "writing is very subjective, memasing ada style and citarasa yang tersendiri, so kita takleh nak kondem sebab tak tentu lagi writing kita tu baguslah sesangat2nya". Mungkin pada kita bagus dan ok, pada orang lain pulak tak ok. Tapi apa hak kita nak mengutuk cara orang menulis, dia punya sukalah macam mana dia nak construct ayat sendiri. I pulak prefer to write with bahasa yang macam kita cakap hari2 kat rumah, a bit santai dan tidak memboringkan. Paling penting "tidak terlalu stiff". Lainlah kalau kita ni academician ke, nak mendidik, so kenalah berhati2 dengan nahu, grammar dan cara penyampaiannya. Subjectpun mestilah yang serious jer and of course, without any doubt, blog macam ni memang "sesuwei bebenor" dengan dorang yang sukakan "heavy2 stuff" dan yang sentiasa perasan bagus. I pulak "once a while" bolehlah, tapi kalau tetiap hari dok "melongok" kat blog segini, boleh "bengung akak dibuatnya".

Begitu jugak dengan layout and settings. Ada yang terlalu simple dan ada yang berwarna-warni, siap ngan bunga dan reben2 lagi. Tak cukup ngan tu, ada iklan bagai, kiranya penuhlah satu page. For me, layout and settings memang penting, kalau too crowdedpun, memang nampak semak sangat dan kalau berbunga2an pula, macam "mat or minah bunga"lah pulak. Nak bacapun berserabut sebab dah ditenggelami oleh segala "design mak nenek" yang ada. Tapi again, citarasa orang kita takleh nak sanggah, "dah dorang suka macam tu, nak buat camnerkan".

Saturday, May 26, 2012

HandyMendy

Selain daripada family tersayang, ada jugak orang2 penting lain dalam kehidupan seharian kita. Pada I, handymen memang penting "as and when" they are required. Dulu I ada sorang jer handyman, Mr Lim namanya. Segala2nya, dia yang uruskan, dari bumbung bocor hinggalah ke wiring dalam rumah. Tip-top tapi beberapa tahun kemudian, I terus hilang contact dengan dia. Last sekali masa dia datang rumah I untuk pasang kabinet kat dapur, dia nampak kurus sangat. I sempat tanya, "Pasal apa Mr Lim banyak kurus" tapi dia senyum dan diam jer. Apa yang I dengar, dia dah balik Penang dan lepas tuh langsung tak dengar2 dah khabar berita. Masa kita tak perlukan dia oklah, tapi time2 kita memang "membutuhkan" servis kepakaran doranglah, masa tulah I kelam kabut. Tapi alhamdullilah, I diketemukan dengan Mr Ah Hock. Baik sangat, gaya macam bapak2 jer. Dia nih asalnya tukang cat, tukang baik longkang dan sikit2 buat wiring. Dialah yang kemudiannya kenalkan I pada kenkawan dia yang lain yang kemudiannya jadi best friend I, again "as n when" I nak servis dorang. These people are Mr Ah Lam - tukang baik bumbung kalau ada bocor; Mr Ah Ham - plumber aka tukang paip; and  last but not least Mr Ah Weng - tukang servis aircond. Ada sorang lagi I baru dapat, Mr Kent, tukang buat bumbung jugak. Dia ni charged mahal sikit tapi kerja gerenti memang bagus, Yang tak bestnya, susah betul nak dapat Mr Kent nih sebab selalu overseas. And satu lagi, pekerja Indon Mr Kent ni semuanya handsem2 belaka, mengalahkan aktor sinetron Indonesia. Bukan setakat handsem tapi bila cakappun tak dengar suara, sopan sungguh. Yang merisaukan bukan apa, setiap kali pekerja2 kontrak nih datang buat kerja2 repairing kat rumah I, mulalah belakang rumah I tuh jadi tempat berhimpun segala maid yang ada. Masa tulah maid2 ni nak angkat kainlah, nak sapu sampahlah, nak suapin anak2 and last2 sekali pakat ramai2 berkumpul kat situ. Anyway, tokeh2 Cina nih, memang baik, dan sememangnya tidak pernah menghampakan apabila perkhidmatan mereka diperlukan. Yang penting kena sediakan wang besar, wang besar, wang besar ... one call does it all...

Monday, May 21, 2012

Thursday, May 17, 2012

Our ups and downs...

Everyone knows life has its ups and downs ... its part and parcel of our everyday life .... 

Monday, May 14, 2012

Happy Emak's Day

Semalam Hari Ibu....so, untuk semua ibu-ibu seluruh dunia, "Selamat Hari Ibu".
Memang betul, bukan sehari tuh jer hari Ibu, tetapi setiap saat, setiap waktu n setiap hari, kita raikan Hari Ibu. Tapi apa salahnyakan, dalam banyak2 hari tuh, ada satu hari istimewa yang lain daripada yang lain untuk raikan Ibu. Yang penting niat ataupun nawaitu, bukannya nak meniru2 budaya barat memperingati "Mother Mary", tidak sesekali, malah tidak terlintaslah di dalam sanubari ini. Niat satu saja, mahu sanjung ibu sendiri, rasanya tak salahlah. Bapapun penting tapi Ibu sentiasa didahulukan. Saat suka dan duka, Ibu jugak yg dicari utk dipeluk cium. Bukan itu saja, dalam bentuk ucapanpun, Ibu masih didahulukan, contohnya, Ibubapa yg dihormati....Itu belum lagi dlm bentuk words - Ibu negara, Ibu pejabat, ibu jari, ibu sawat, ibu kunyit etc etc...Itulah kedudukan Ibu, sayangilah Ibu selagi hayatnya masih ada...ingat tuh Soraya, Alea n to myself too...